CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Tentang_1_Anugerah

~“Don’t compare your life to others’, you have no idea what their journey is all about~

Thursday, 15 September 2011

Baby Boy ~Hayyan Asyraf~


bulat x baby...mesti tengok jadi geram kan22...
aku pum same terase nak cubit n tarik22 jer baby...
tengok chomel 
baby ni pakai seluar track...
eeeee.....

mmuuahhhhh...
baby nie susah nak nangis 
nangis pum bile lapar and berak ( geli bontot)..hehehee




tiada tuah untukku

mood : sedih...
ye lar minggu nie aku keje syif...
esok mmg la cuti tapi arie sabtu kene keje ag..
baru nk berhoooray ng LuvByHim...
tiada tuah btul bulan nie...
so sad...

kenape erk?.. kemalasan smkin menjadi222....dulu xmcm nie...
dah la HSR x bwt ag...
tolong lah sesaper nk bwat HSR nie..
aku bagi upah..

Wednesday, 14 September 2011

SCN

skrg nie duk posting kat SCN..
kat sini banyak dgn baby
chumel2 tau dan gebu22,..
trase nak tarik22 ke pp

Wednesday, 10 August 2011

selamat kembali

dah lama tak menulis blog ..rindu sgt2...
bknnya apa rindu nk bercerita...
ada banyak perkara yg nak dikongsikan...

Saturday, 2 July 2011

?

dekat sebulan xbuka blog..almaklumlah cuti sepenuh masa...ditambah pula menjadi pengasuh yang xditauliahkan..
apa pun sangat happy...yang xbest bila cuti broadband lembap ...siput jalan lagi laju...ye alor..kat kg ..

Wednesday, 1 June 2011

di akhir?

entri kali ini ~cuti~akhir sem 5~huhuhu
cepat nya masa berlalu..dah nak habis sem 5...tetibe terasa hebat..al~maklumlah dah nak habis dip...
dip je pum..tapi sangat berbaloi..da 2 tahun lebih bertungkus lumus as as Pelatih Pembantu Perubatan banyak meninggalkan kenangan..sangat sweet taw..suka duka menjadi satu...kuikui...

cuti start 4hb Jun..3hb nie naik bas untuk balik kampung...tak sabar nak tengok n main22 dengan adik yang tercinta..dalam umur 2O-an  rasa cam tidak percaya dapat baby boy..jadi tak boasan la nanti cuti...cuti nie jugak kene betulkan balik HSR..sebab nya ari tue GAGAL..sedih la jugak tapi bila tengok n re-check balik memang patut failed..yang penting USAHA tue penting...

my tajuk untk HSR : Kajian Mengenai Tahap Kefahaman  Pelatih Pembantu Perubatan Tahun 2 Semester II di    Kolej Pembantu Perubatan Seremban terhadap Prosedur Pencucian Luka(Dressing). 
saper22 yang nak jadi responden boleh jugak la bagi menyenangkan kerja dan menjimatkan masa.
Questionaire nie akan diedarkan kepada insan22 yang terpilih sahaja..
diharapakan anda semua memberi kerjasama....




Sunday, 29 May 2011

aku dah nak kahwin?

hehehehehe....entri yang agak menarik untuk dikongsi bersama...."aku dah nak kahwin"....
...exam dah tamat...tiba la masa untuk nak berhoouurayyyyy sedunia.....mood nak memasak sangat menggunung nie..macam22 nak masak...macam22 nak makan...tamak betul..hehehe...hari tue masak  ayam kurma , acar timun n sambal belacam...kuikui..rasa xpercaya kan~kan`...tapi yang kurang nya nak masak sambal belacan..not enough better...kena la improvement lagi...

adus... kalau dah pandai masak kira nya dah boleh la kahwin....xjugak...tapi tetiba rasa berkelayakan la cikit2....masak penting tau...kalu asyik makan kat luar bankrup jugak...
tapi yang best bila masak ada orang makan...tens 2 LuvByHim...sebab makan apa yang saya masak....

~terhenti disini~

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta



bila kita sayang seseorang....

bila kita sayang seseorang itu?

kita akan dahulukan seseorang itu daripada  diri sendiri...
kita akan buat yang terbaik untuk seseorang itu....
kita akan sayang seseorang itu lebih kita sayang diri sendiri...
kita akan fikir perasaan seseorang itu dahulu daripada fikir perasaan  diri sendiri....
kita akan lebihkan seseorang itu daripada diri sendiri....
sangat banyak untuk diluahkan.....

kembali!

hurmm...dah lama tak menjenguk blog nie...bukan tiada masa untuk menjenguk tapi kemalasan yang sangat22...
ada idea n ada cerita nak dikongsi bersama tapi entahlah..sejak 2 menjak nie malas yang amat sangat...
maybe jugak bz sikit buat HSR..banyak yang kena diperbetulkan...macam2 yang kena buat... Ya Allah berilah sedikit kerajinan nak menyiapkan BAB 1,2 n 3...

Jumaat lepas  baru dapat result...Tens 2 My God...rezeki yang diberi...InsyaAllah akan cuba yang terbaik untuk sem akhir nanti...target dah mencapai tapi perlu untuk dikekalkan..nak naik sangat senang tapi untuk kekalkan perlukan banyak kegigihan dan kerajinan..Bersyukur sangat dapat result nie...walaupun tidak berada di kalangan yang cemerlang  tapi ada peningkatan dari sem lepas...PNGS pum naik begitu juga dengan PNGK...

Menghabiskan minggu22 terakhir di  KPPS bagi sem ni meninggalkan banyak kenangan..suka duka  tawa riang duka lara etc....tidak mampu diluahkan dengan dengan kata22 tapi banyak meninggalkan kesan pada diri sendiri...hanya diri yang mengetahui segalanya...ingatan buat diri sendiri : apa yang berlaku memang ada hikmahnya kadang22 memang tak sedar akan hikmah yang berada di depan mata....tapi percaya lah...setiap yang berlaku pasti ada silap sendiri...kadang22 kemarahan yang  dalam diri mungkin disebabkan keegoan yang kita sendiri tidak sedari...banyak benda yang boleh dipelajari dan diambil sebagai langkah untuk menjalani hari yang seterusnya..ingat jugak  diam itu boleh  menyelesaikan masalah jugak...dengan diam itu boleh buat kita berfikir panjang...


kan~ tetiba ...renungan untuk diri sendiri...tiada kaitan dengan sesiapa ~harap maklum~

yakinlah

hidup dan kehidupan ....istilah yang berbeza...kita hidup untuk menjalani satu kehidupan.....
hidup tidak semudah yang kita impikan dan tidak seindah yang diharapkan....kadang kala ada turun  dan naik...ada pasang dan surut...ada suka dan lara...pelbagai rasa yang sukar dipamerkan dengan kata2...ada juga mengibaratkan  hidup ini seumpana ombak...yang kadang kala melambung...pasir yang berubah pantai....
ya...memang betul dan tidak dapat dinafikan dan tidak  diramalkan apa yang akan berlaku pada masa2 yang akan datang...apabila berada di persimpangan untuk memilih yang terbaik...kadang- kadang kita sukar memilih jalan yang pasti...sering kali kita pejamkan mata dan melangkah dagan harapan itulah yang  kita harapkan yang terbaik....
apa yang penting..keputusan yang diambil hendaklah tanpa syak atau was2...hari yang mendatang hanya Dia yang mengetahui...


mood:melalut ~kan~tetiba~



Sunday, 15 May 2011

kebaikan kurma..

elalunya, buah kurma ini hanya dimakan sewaktu bulan puasa sahaja. Tapi bagi ibu yang sedang hamil... buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

PETIKAN SETBERSALIN

InsyaAllah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

Saturday, 14 May 2011

sempurna...

perlu ke nak mencari yang sempurna ?
tepuk dada tanya diri sendiri...
apa yang ada pada kesempurnaan?
...cantik..bijak...sopan...alim..etc..
kadang22 sangat pelik ..kenapa manusia mencari yang sempurna?
luaran sangat sempuna..tapi dalamnya belum tentu...begitulah sebaliknya...
apapun  semua bergantung pada diri sendiri...
apa yang dicari ....
tapi ingat lah...jangan memandang sebelah mata....
apa yang dilihat tidak sama apa yang difikirkan...
percayakah jugak....
maybe kita ingat kita tahu semua hal...
padahal kita hanya tahu yang tersurat....



kebusanan

xtau nak buat apa...sangat bosan...tp minggu exam...
nak study xdop mud...

sekian, terima kasih

Monday, 9 May 2011

aku ?

bila tengok the latest pic buat aku xpercaya...
makin gemok...huhuhu...
org ckp pipi aku da bulat...


betul kot....


osche

hari nie exam osche...
osche?
osche ni exam yg menilai tahap kemahiran
dlm bnyk22 exam ocshe la yg paling22 aku xsuke
sebabnya: sbb ada orang tengok...bukan nye apa tapi soft skill xseberapa sangat..
...kadang22 boleh tergelak sebab ckp dgn patung...kalu ada model pum..tetiba model 2 akn tergelak sama

soalan osche hari ni  :
 intubasi....cpr...circulation chart...anduh..peralatan orthopedik...
kalau osche ni pemeriksa semua dari luar..
kalau dr luar paham22 jela sape la pemeriksa...
semestinya MA U36,MAU32,MA29

1st station : circulation chart...
Alhamdullilah..semua nya ok...
tapi yg kelakarnya...model 2 gelak222..
aduii...

2nd station unknown station...cam teka teki kan..
sem ni masuk senaraikan gambar peralatan orthopedik...
kesemuanya ada 10 barang..
ada yang ingat ada yang lupa
yang lupa  main tulis jer...
ejaan xkisah sgt,,,tp biar la bunyi nye seakan sama...

3rd..intubasi...
ni yg paling22 takut...
bila ada skill lab ...berkali22 buat xpernah nak masuk ...
asyik22 masuk dlm perut,,,adusss...
1st trial buat mmg hampeh...
sbb ny brg22 xprepare ag....
semua nya kelam kabut...
mula22  da pasang laryngoscope...bila22 cek xkuar lampu..
dalam hati ni da fikir22 bukan22....
punya kelam kabut buat la intubate...paru2 kembang,,,terkejut jugak...
yela..buat sebelum ni xpernah nak jadi...
pemeriksa 2 pum tegur...
"kamu nadia intubate dapat ek biarpum xdop lampu"
bila kena camtu..mcm22 rasa..aduss...pembantu dah pum gelak22...
 mesti ada benda yang xkena...
bila cek22 balik brg22... tgk22 bateri dikeluarkan....
adusss.....tibe22 tergelak sorang....pttla lampu xnyala...
bateri yang xdop,,,ngat kite sabotaj td....
rupe22nye...silap mata sendiri....malu2222...
2nd buat br la jd....
moral nya..jgn nk kelam kabut xtentu pasal...
inilah akibatnya....hehehehe....

3rd station..cpr...Alhamdullilah...tp kene praktis ag....
4rd...buat anduh...

~1paper da lepas...~
entah la..masuk sem ni malas sangat22...
bila la nak rajin.....

Thursday, 5 May 2011

lalalala...

Don't expect anything in life. 


Expectations hurt a lot. 


When you don't expect every moment is a surprise and surprises bring happiness. 


As simple as that.

Tuesday, 3 May 2011

farewell

hello..
malam ni malam terakhir ng kawan22 di Muar....
esok akan kembali ke Seremban untuk final exam
sem ni ada 5 paper..
MAGS/surgical..MAOR/ orthopedik..MAOG/obsteterik&gynaecology
MAEM/emergency..MACH/sains komuniti...
exam start next week..
starting ng OSCHE...
haiyaa  tak tau  la OSCHE nak masuk paper apa
takut memang takut tapi malas lagi22 banyak...kuikui....

credit to my housemate (Kuarters Cempaka Biru)
tens a lot  to my frens...
Kak Yan..Kak Zu...Dayah...Hajar..Fatin...Zati...
tens a lot ag...kawam22 memang ringan tulang..
di saat pertolongan diperlukan
banyak benda kat sini menjadi pahit manis....
maaf andai terkasar bahasa...tersinggung rasa...
maaf andai attitude tidak menyenangkan...
maaf atas semua kekhilafan...
maaf sebab tidak boleh jadi yang terbaik bersama kawan22
sejuta kemaafan  dipohonkan...
halalkan semua makan minum ....
apa yang kawan22 masak semua sedap222...

menjelang nya hari esok....
maybe kita semua tidak akn jadi seperti 4 bulan yang lalu...
suka duka...pahit manis... menjadi satu kenangan...

apapun kawan22 memang yang terbaik...
setiap apa yang berlaku memang ada hikmahnya...
kadang22 kita jer yang tidak sedar akan hikmahnya ...
padahal hikmah 2 ada jer depan mata kita....

Monday, 2 May 2011

relationship

setiap hubungan akan ada naik dan turunnya...
seperti laut yang ada air pasang....
semua bergantung atas diri kita
macam mana nak  pertahankan  dan jaga hubungan itu...

^

S AY A S A Y A N G H A R I T H S Y A Z WI

Sunday, 1 May 2011

gift!


thanks a lot :
LuvByHim
gift yang sangat special....

Aku Terima Nikahnya By Hasrizal Abdul Jamil
"... terimalah seorang seadanya,Kebaikan disyukuri... Kekurangan diredhai..."
Utusan Allah  yang tidak pernah  mensiakan kuasa cinta,pada menjinakkan umat kepada agama.Cinta dan tauhid  menjadi satu,bekalan  teragung sepanjang zaman.
Sunahnya menjadikan kita  hidup bercara.
Sunahnya menjadikan masalah  dan cabaran hidup sebagai laluan menjadi dewasa.
Sunahnya mencegah lemah dan putus asa.

.

kepada kawan22..
buku ni sangat menarik untuk dibaca
banyak teladan   yang boleh diambil sebagai ikhtibar....
tidak rugi tau..
jom sama22 kita ambil input dalam buku ni....



ello sunday

hello readers...
agaknya dah lama tak meng-update blog ni...
tiada yang menarik untuk dikongsi bersama...
bukannya apa  disebabkan  kesuntukan masa dan kemalasan yang melanda...

1st nak btaw... kenapa aku buat blog ni?
siapa yang nak baca blog ni?
 sejujurnya dari lubuk hati aku ni..
aku x- mengharapkan  ada yang akan follow n baca blog ni...
blog ni  untuk berkongsi apa yang aku rasa...
sekadar kebosanan di masa lapang untuk bercerita...
apa yang dipaparkan dalam blog ni
apa yang terkandung dalam  fikiran dan hati aku...

Saturday, 30 April 2011

?

tetibe terasa sgt jauh....

Wednesday, 27 April 2011

sebab2 hati tidak bahagia

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.


5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..)


7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.


8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

waiting?

menunggu tibanya hari ahad...
 have something 4 someone special

Sunday, 24 April 2011

dulu dan sekarang?


Nie sebahagiandaripada gambar lame22...
bila tengok22  semula..
terasa sangat la kelakar...kuikui!!!!!

sekarang aku dan gemok
hihihi
orang cakap aku senang hati...
memang betul kot...

Wednesday, 20 April 2011

about us~


kenangan lalu>
pic  ni masa Tahun 1 Sem II
_skill lab_




this pic masa  lawatan kat loji air..
our 1st pic 

Saturday, 16 April 2011

wanita

ingin dikongsikan kepada sahabatku bernama WANITA
ingin dipaparkan kepada sahabatku bernama LELAKI...
sama2 kita renungkan..(",)

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan
hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w.
t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah s. w. t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang
takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.
w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang
soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi
s. a. w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

KCB

~kcb~
ketika cinta bertasbih
mesti anda semua ingatkan movie ini....
movie nie memang dah lama..
kalau tak silap tahun 2009...
KCB merupakan movie yang diadaptasi dari novel  Habiburrahman El Shirazy.

antara part yang  paling best dalam movie nie ialah
puisi yang dibicarakan oleh Anna Althafunnisa dan Ayatul Husna


Ayatul Husna



CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!




Anna Althafunnisa 

Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
CINTA ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya
Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA
Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur
CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan

Friday, 15 April 2011

menghitung hari


tinggal beberapa minggu lagi untuk aku balik ke kolej
pelbagai rasa yang ada dalam hatiku
pelbagai kemungkinan yang bermain dalam fikiran ku
semuanya menjadi tanda tanya
entah la...

aku bersyukur sangat berada di muar
menjalani latihan di HPSF banyak benda yang aku lalui
berada di sekeliling kawan2 dan persekitaran yang baik
cuma yang berserabut  nak melintas  jalan
ini yang lemah sikit...

sebelum balik ke kolej
aku perlukan  kekuatan sikit
banyak perkara yang akan berlaku
mampukan aku nak hadapi semua ini..
aku berharap aku mampu tersenyum walaupun  payah
masalah akn timbul akan menjadi isu dan menjadi perkara berbangkit..
susah betul..
padahal perkara kecil...

berada di muar aku berasa sangat tenteram
dan ada sikit lapang
sebabnya jauh dari kolej
tidak perlu fikir benda yang remeh temeh...
kepda LuvByHim...
tens kerana banyak bagi sokongan n kata2 semangat..
macam tahu2 jer diri ni perlukan sokongan..

kelapangan dan perasaan yang tenteram bukan bererti kebebasan  persekitaran
yang tiada peraturan dan pengawal 
tetapi tidak perlu berjumpa dengan seseorang yang dari dulu membuat 
diriku terasa sangatlah tiada mood bila berjumpa 
tidak perlu nak berjumpa dengan seseorang  untuk berbincang perkara yang remeh
sebab  di akhir pertemuan semuanya akan salah...
pelik kan...

sabar la...hanya tinggal beberapa minggu untuk sem ni...
dan hanya tinggal beberapa bulan untuk aku tamat latihan di kolej ni...
apa yang boleh aku katakan..
hati ini tidak sabar untuk habis praktikal...
bukan disebabkan ilmu penuh di dada 
tetapi perkara remeh temeh  menjadi punca




princess hour



mesti ada yang penah tengok movie ni
cerita ni sangat menarik bagi aku...
kalau ada sesape yang tak tengok movie
layanlah bile ada free time..





Wednesday, 13 April 2011

(",)

~you are the reason im still here~
memilikimu adalah satu anugerah yang terindah buatku
luvbyhim

Wednesday, 6 April 2011

stress

orang kata bile stress
kita akan makan dengan begitu banyak sekali
betul ke tidak?
anda rasa macam mane?
sekarang aku tengah stress
punca tidak diketahui
selera  makan aku sangat besar..
takut pun ada..
bukan apa takut gemuk...
kalau tengok aku makan
memang berkali-kali dalam sehari...
makan sikit tapi banyak kali
bukan makan banyak setiap kali makan..

aku stress ke? aku tension ke?
maybe la...tak banyak ..tak sikit..
tapi stress jugak la...

kadang2 benda yang remeh yang buat kita berfikir
bila berfikir banyak22 itu lah jadi stress
sedangkan apa yang kita buat harian tiada apa pum...
cume masalah sekeliling je
membuat serabut....

maybe tengah musim stress and tension kot...
kawam2 aku pun sama..
kenapa ek?

apapum, segala urusan kita dipermudahkan
amin

diet?



sinonim diet dengan nak jaga badan
konon2 nya nak kurus
nak slim, nak cantik....

aduiii
niat pun dah salah
1st diet - mesti nak jaga pemakanan
makan berlebihan boleh jadi gemuk
apabila gemuk
mula lah ppenyakit datang melanda

karbohidrat yang berlebihan boleh menjadi lemak..
pemakanan seimbang sangat penting bagi diet
tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan.

~langkah penjagaan diet~
- untuk elak berat berlebihan  mestilah kurang pengambilan tenaga dan lemak yang banyak
-tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi
-kurangkan pengambilan gula yang diproses
-jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga
-kurangkan pengambulan kolestril tidak melebihi 30mg/hari

credit : cik fatin asmaliyana
p/s : sokongan moral ni (huhuhu)






asinment ku

HSR ku hampir2 dak nak siap..
buat di saat akhir ..
bersyukur sangat 
semuanya berja;an lancar..

1st buat HSR 
 tiada guideline yang betul..
 padajal buat  sambil lewa sbb malas
semua jadi tidak betul

2nd buat HSR
ada perubahan
lagipum dah tau mana yang kena diperbetulkan
submit before 18/4/11

tens kat mentor..
credit 2 Sir Isahari..



Sunday, 3 April 2011

~ cinta ~


look like us...huhuu
LuvByHim&LuvByHer






who loves u?
i know..

~for u my dear~


and
this also for u

yang ni sangat sweet
huhuu

pembantu perubatan ?


Sebelum perang dunia kedua  dikenali sebagai dresser.
Pada masa itu, pembantu perubatan menjalani latihan semasa bekerja dan mendapt bimbingan dari pegawai perubatan.
Pembantu Perubatan yang menjalani latihan akan menduduki beberapa peperiksaan yang dianjurkan oleh pihak kementerian.

1965- kerajaan melancarkan satu latihan paramedical  iaitu crash programme.
Kemudian terbinalah Sekolah latihan Pembantu Perubatan (SLPP) - kini dikenali Kolej Pembantu Perubatan Seremban





cepatnya masa berlalu~


betullah kata kengkawan bila umur kita dah masuk 20an
masa akan lagi bertambah22 cepat...
tahun ni umur ku dah 21 tahun...
rasanya baru saja habis zaman persekolahan...
dulu masa kat sekolah 
tak sabar22 nak kerja...
tapi sekarang bila dah kerja
rindu sangat22 zaman persekolahan...

cepatnya masa berlalu...
tahun ni tahun akhir aku belajar...
tahun depan dah nak kerja...
tapi masih lagi main22
masih lagi malas
kalau belajar mesti nak ikut mood...







Friday, 1 April 2011

Thursday, 31 March 2011

remember


perjalanan hidupku tidak semudah dengan orang lain
namun kerna jalan hidupku  begini 
banyak benda disekeliling  membuat diriku berfikir 

yang pertama nak diceritakan 
kenapa aku memilih menjadi PMA
Pelatih Pembantu Perubatan
sebenarnya mula2 dapat surat pendaftaran
tertanya22 MA tu apa?
kerja macam maner?

Alhamdullilah..bila aku jadi PMA
banyak benda yang aku dapat tahu
semua nya dengan izin NYA
betul kata pepatah "tak kenal maka tak cinta"
makin lama belajar makin banyak benda yang belajar
bukan dari segi ilmu yang diajar 
tapi kehidupan

perjalanan hidup tidak semudah yang disangka
tidak mudah yang kita fikirkan
bila aku jadi PMA
aku bersyukur  dengan rezeki yang dberikan
tapi ada yang bertanya 
"awak rasa cukup x dgn elaun yang awak dpt?"
aku dgn selamba ckp tak cukup.
masa 2 aku fikir 
1- aku kerja nak kumpul duit
2-  hidup sekarang semua dgn duit untuk bergerak
(huhuhu -)

lepas 2.. beliau bertanya..
"awak tahu x nampak elaun yang awak dapat sekarang tidak pernah cukup" ...aku menjawab entah la...tak tahu...beliau bertanya lagi,,,"10- 1= ?"...aku menjawab 10- 1=9..aku jawab dengan sangat2 yakin
huhuhuu.....beliau jawab...jawapn kamu salah....10-1 =19
aku sangat pelik

beliau beritahu...duit elaun kamu xpernah cukup sebab hidup kamu tidak pernah rasa bersyukur...
hidup kita selalu sangat mengharap untuk menerima sahaja
untuk memberi tersangat la susah dan berat tulang...
beliau pesan...kita hanya memberi satu sahaja
tetapi yang dijanjikan oleh ALLAH adalah satu kite memberi ..sepuluh kebaikan yang kita dapat..
tetapi kenapa yang tue kita susah sangat?
sebab tue la apa yang kita dapt sekali pum
kalau tiada rasa bersyukur semua nya takkan cukup

betul juga,,,tens a lot...
kadang22 benda camni buat kita terlepas pandang..
kadang22 kita menganggap  remeh temeh...
 tens a alot kat BELIAU 
mengingatkan ak..






~KAMI di HPSF~

ello kawan22...
Ini gambar saya dan kawan22 di bilik gerakan HPSF
Ni dikira 1st pic la kat HPSF
Waktu ni ada orientasi ..


~ senyuman keriangan ~
muka22 yang tidak sabar untuk bekerja 
4bulan berkampung di Muar


Mereka ni Group 1st  bagi lelaki
Yang ni kawan2  yang telah bekerja dengan saya..
Bukan nya semua tapi seorang je ..





semo ny in memories 


antibiotiks~antibiotiks


Antibiotik merupakan sejenis sebatian kimia yang digunakan untuk melawan jangkitan mikroorganisma seperti  kuman atau bakteria..
Antibiotik boleh dipeolehi daripada sumber biologi seperti kulat dan mikroorganisma
Dengan kemajuan dalam kimia organik, antibiotik kini juga boleh dihasilkan melalui sistesis kimia. Ubat antiobiotik bertindak dengan membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan.
Semua ubat antiobiotik mesti dimakan sehingga habis.
 Ini adalah untuk memastikan semua mikroorganisma yang menyebabkan penyakit yang telah dibunuh untuk mengelakkan terdapatnya mikroorganisma yang akan imun kepada antibiotik tersebut.
Sumber =  wikipedia~

Sejarah Antibiotik
1896 - dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German (tapi tidak popular)
1928 - dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming 
Penicillin  - sejenis kulat  didapati  berjaya membunuh pelbagai bakteria.
Kemudian diguna secara meluas  semasa perang dunia ke- 2 sebagai rawatan utama
Dibahagikan kepada 2 iaitu
~ Bactericidal : membunuh bakteria
~ Bacteriostatic : merencatkan aktiviti bakteria
* Keduanya melumpuhkan  bakteria daripada merebak dalam badan

Kegunaan Antibiotik
Berkesan untuk membunuh BAKTERIA sahaja bukan virus.
Virus biasanya akan hilang dengan sendiri selam 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik